Kerjaya bersama Rausyanfikir Esham Jamil

Rencana utama: Rausyanfikir

Pada tahun 1991, Esham telah bersama-sama rakannya Mohd Khair Mohd Yasin dan Fazil Sultan menubuhkan kumpulan Rausyanfikir, istilah Parsi untuk "pemikir". Album sulung mereka yang mengambil nama kumpulan ini sebagai tajuk album dikeluarkan pada tahun 1992 yang mana ia terjual lebih 25,000 unit di Malaysia dan Singapura.[4][5]

Album kedua mereka, Rusuhan Fikiran telah dikeluarkan pada tahun 1994 dengan tujuan untuk menyampaikan mesej sosial yang serius menggunakan lagu-lagu yang menarik. Album itu berjaya, dan salah satu single, "Dikir Fikir-Fikir", memenangi anugerah Persatuan Komposer dan Pengarang Singapura (COMPASS) untuk lagu Melayu tempatan teratas pada tahun 1997.[6] Semasa bersama Rausyanfikir, beliau telah menulis beberapa lagu untuk kumpulan itu termasuk "Seketika" dan "Tawanan".[7]